Alat Produktiviti,  Gaya Hidup,  Produktiviti

Cara Berkesan Untuk Meningkatkan Produktiviti Menggunakan Teknologi4 min read

Telefon pintar zaman moden mulai menjadi terkenal sekitar tahun 2008, yang mana kini ia menjadi teknologi yang semakin penting dalam kehidupan seharian kita. Seiring dengan kemajuan zaman dan teknologi, kita juga perlu untuk memajukan diri. Teknologi yang sentiasa dikemaskini membolehkan kita meningkatkan produktiviti menggunakan teknologi. Walaupun ada yang berpendapat bahawa pengharaman teknologi boleh meningkatkan tumpuan dan produktiviti, sebenarnya dengan beberapa disiplin dan usaha, teknologi yang sama boleh digunakan dengan jayanya untuk menjadikan kebanyakan tugas lebih mudah dan pantas. Artikel kali ini akan menerangkan cara peranti dan aplikasi moden boleh membantu anda bekerja dengan lebih cekap dan meningkatkan produktiviti anda.

1. Pastikan anda menggunakan teknologi yang tepat

contactless payment
Teknologi contactless payment yang memudahkan pembayaran.

Sebenarnya, kita yang menentukan sama ada teknologi membawa rahmat atau kutukan kepada kita. It’s either a blessing or a curse. Cara kita menggunakan teknologi akan mempengaruhi produktiviti kita. Jika kita menggunakan alat yang betul, sesuatu teknologi itu akan mendatangkan rahmat, dan begitu juga sebaliknya. Tentukan di mana anda memerlukan peningkatan produktiviti dalam kehidupan seharian anda. Lakukan carian google atau rujuk rakan-rakan, selidiki jika terdapat alat teknologi yang tersedia untuk membantu peningkatan produktiviti anda.

2. Integrate alat dan teknologi automasi

Cari alatan yang mengautomasikan urusan anda, contoh yang paling mudah ialah penjadualan dan pembayaran bil (scheduled payment, direct debit). Ini akan memudahkan tugasan yang berulang dan memakan masa seperti mengumpul dan menyusun maklumat atau membayar bil. Selain itu, tambahkan seberapa banyak aplikasi yang mungkin yang menyediakan cara untuk mendigitalkan sebarang proses manual. Manfaatkan aplikasi percuma dan website yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk memudahkan urusan harian atau kerja anda.

3. Gunakan Chrome Extension

Chrome extension yang boleh membantu meningkatkan produktiviti
Chrome Extension ialah ikon yang berbentuk puzzle. Ikon ini terdapat pada atas kanan browser anda.

Realitinya, semua orang mahu melakukan lebih banyak perkara dalam masa yang singkat. Cara terbaik yang saya dapati untuk melakukan ini ialah menambahkan semua alatan anda pada Chrome browser anda. Ini membolehkan anda mengaksesnya dengan lebih cepat. Antara alatan yang saya kerap gunakan ialah Grammarly (untuk menyemak tatabahasa Bahasa Inggeris) dan Honey (untyuk mendapatkan kod diskaun pembelian atas talian). Saya juga mengesyorkan anda menambah extension seperti Lastpass, yang menyimpan dan mengingati semua kata laluan anda ke setiap tapak web yang perlu anda log masuk. Ini menjimatkan banyak masa dan meningkatkan produktiviti dengan banyak.

4. Gunakan aplikasi kalendar

Calendar app on tablet computer with planning of the week with appointments, events, tasks, and meeting. Hands holding device, time management concept, organization of working hours planner, schedule

Berdasarkan pemerhatian saya, kalendar digital adalah alat produktiviti yang paling kurang digunakan. Rata-rata cuma menggunakan ia sebagai alat untuk melihat tarikh sahaja, padahal ada banyak features pada kalendar digital yang boleh membantu dalam meningkatkan produktiviti. Saya faham ada sesetengah kita mungkin lebih suka menggunakan buku planner. Saya tak nafikan norma kita yang terbiasa dengan penulisan, namun ada beberapa features yang terdapat pada aplikasi kalendar yang tidak terdapat pada buku planner. Contoh yang paling mudah, feature notifications dan kemudahan menyusun semua jadual jika rancangan anda berubah. Sebaik sahaja anda memasukkan rancangan harian atau mingguan ke dalam kalendar anda, anda menpunyai pandangan yang jelas tentang penggunaan masa dan tenaga anda.

5. Tetapkan matlamat yang jelas dan pastikan ia mudah

Penetapan matlamat sebenarnya amat penting agar tujuan hidup kita jelas. Untuk mencapai matlamat ini, telefon pintar yang rata-rata dimiliki ialah satu alat yang mudah untuk memastikan kita kekal fokus dan produktif. Catat matlamat dan tetapkan reminder untuk memastikan matlamat tersebut sentiasa diingati. Peringatan harian, mingguan dan bulanan membantu mengingatkan diri anda pada matlamat hidup. Reminder yang kelihatan agak simple sebenarnya antara satu cara paling mudah pastikan anda on track.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *