
5 Tips Produktiviti yang Mudah3 min read
Gaya hidup produktif tidak seharusnya dipandang sebagai gaya hidup yang menyusahkan, atau gaya hidup yang mustahil. Di sini saya akan kongsikan 5 tips produktiviti yang sangat mudah dan boleh anda apply dalam kehidupan seharian.
1. Automatic and Delegate
Saya rasa anda semua tahu maksud automatic. Kebanyakan tugasan harian/mingguan/bulanan kita sebenarnya boleh dimudahkan dengan kaedah automatic. Misalnya tugasan yang perlu dilakukan secara berulang boleh diautomatikkan. Contohnya:
-
- Bayaran yang boleh menggunakan perkhidmatan direct debit (bil bulanan/takaful)
- Gunakan smart bulb jika anda sering terlupa menutup suis lampu
- Menetapkan timer untuk pendingin hawa
- dan lain-lain sesuai dengan keperluan anda
Delegate ialah yang mana kita agihkan tugasan-tugasan kepada orang lain. Kenapa kita nak mengagihkan tugasan kepada orang lain? Kaedah ini sebenarnya dapat membantu kita untuk menumpukan perhatian kepada tugasan yang lebih penting (untuk diri sendiri). Selain itu, ia juga dapat mengurangkan decision paralysis. Contoh tugasan yang boleh diagihkan ialah:
-
- Mengupah pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah (atau sediakan jadual tugasan kerja rumah untuk keluarga anda)
- Mengupah tukang kebun untuk membersihkan halaman anda
- dan lain-lain sesuai dengan keperluan anda
2. Terfikir = Catat
Sekiranya anda tiba-tiba terfikir satu idea atau tugasan atau apa sahaja, pastikan anda memindahkan perkara tersebut kepada sesuatu yang fizikal. Jangan biarkan ia hanya di dalam minda. Untuk tips yang kedua ini, terpulang kepada anda sama ada untuk menggunakan buku nota kecil atau apps. Tujuan kita memindahkan idea ini dari minda ialah untuk mengurangkan beban otak kita. Gunakan otak dan minda kita sebagai alat untuk berfikir dan cuba untuk kurangkan clutter dari minda kita.
3. 2-Minutes Rule

2-minutes rule atau peraturan 2 minit sebenarnya sangat mudah. Peraturan 2 minit boleh digunakan dalam 2 konteks yang berbeza.
- Jika sesuatu tugasan itu boleh dilakukan dalam tempoh dua minit, lakukan ia sekarang. Contohnya:
- Meletakkan semula alatan solekan di dalam laci.
- Mengemaskan alat pengering rambut setelah digunakan
- Anda juga boleh menggunakan kaedah peraturan 2 minit sekiranya anda ingin menambahkan tabiat yang baharu. Misalnya, jika anda baru ingin bermula bersenam, cuba untuk komited selama 2 minit yang pertama. Tanpa sedar, mungkin anda akan melakukannya lebih lama dan eventually akan membantu anda untuk membina tabiat baru.
4. Procrastinate productively
Dalam erti kata lain, jika anda ingin membuang masa, buang masa dengan melakukan perkara yang produktif. Lakukan perkara yang tidak berkaitan dengan tugasan utama anda. Misalnya, ketika saya ingin berehat sebentar daripada assignment, saya suka menonton video resepi masakan daripada Che Nom. Che Nom ini guru masakan online saya sepanjang study di universiti dahulu. Anda juga boleh rujuk semula artikel ini untuk mendapatkan sedikit idea tentang aktiviti produktif yang boleh digunakan dalam masa-masa terluang.
5. Senaraikan hanya 5 perkara pada satu-satu masa dalam to-do list anda
Dengan meletakkan limit untuk senarai to-do anda, ini boleh membantu anda untuk focus pada 5 perkara utama pada satu masa. Anda juga akan merasa kurang overwhelmed atau tertekan dengan tugasan yang perlu dilakukan. Jika anda mempunyai terlalu banyak tugasan, gunakan tips produktiviti yang kedua untuk mengelakkan otak anda berasa terbeban.
Dalam masa yang sama, penting untuk anda mengasingkan ia daripada to-do list supaya anda boleh fokus pada 5 tugasan terlebih dahulu. Tambah tugasan baharu jika tugasan sebelumnya telah diselesaikan.
You May Also Like

Perkara yang boleh dilakukan dalam 5 minit
September 15, 2020
Penggunaan Vision Board
September 17, 2020