anonymous woman using laptop in bedroom
Gaya Hidup,  Produktiviti

Aktiviti yang boleh Dilakukan Semasa Kuarantin4 min read

Saya telah berjaya menamatkan 4 tahun pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di University of Manchester pada 23 July 2021 yang lepas. Oleh kerana penularan wabak Covid-19 masih agak tinggi di United Kingdom, majlis graduasi hanya dijalankan di atas talian. Setelah 13 jam penerbangan, saya selamat tiba di tanah air pada 7 Ogos 2021 dan sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. Kini sudah masuk hari ke-5 kuarantin . Sepanjang kuarantin, saya cuba untuk memastikan saya kekal produktif dan mampu memanfaatkan dua minggu ini dengan baik. Di sini saya akan kongsikan beberapa aktiviti produktif yang saya lakukan semasa kuarantin.


Majlis graduasi University of Manchester

Majlis graduasi atas talian pada 2 Ogos 2021

Membaca Buku

Kadang-kadang, saya mempunyai kecenderungan unutk membeli buku tetapi melengahkan masa untuk membaca buku-buku tersebut. Saya cuba mengambil peluang ini dengan menghabiskan buku-buku yang dibeli sebelum penerbangan pulang ke Malaysia. Antara buku yang saya bawa bersama ialah:


Saya cuba untuk memastikan saya membaca sekurang-kurangnya satu chapter setiap hari dan apabila saya terjumpa perkataan yang tidak diketahui, saya akan membuat carian google. Proses pembacaan akan menjadi lambat tetapi kita akan menambah kosa kata baharu! Kini saya sedang membaca buku The 4-Hour Work Week dan salah satu kata-kata mutiara yang memberi kesan kepada saya ialah:


People don’t want to be millionaires-they want to experience what they believe only millions can buy.

Mencari Pekerjaan

Setelah tamat belajar, maka tajaan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga terhenti. Sekarang ialah giliran saya untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Saya juga kerap membuat carian peluang-peluang pekerjaan, sama ada swasta atau kerajaan. Kebanyakan pencarian peluang pekerjaan dilakukan melalui laman sesawang Graduan, JobStreet atau di laman sesawang syarikat itu sendiri. Untuk peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, permohonan boleh dilalakukan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).


Untuk memudahkan proses pencarian perkerjaan, saya sarankan agar anda melengkapkan curriculum vitae (CV) atau resume anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan anda juga mempunyai cover letter kerana terdapat beberapa syarikat yang akan meminta cover letter dalam permohonan yang dilakukan.


Saya menggunakan aplikasi Notion untuk merumuskan semua jawatan yang dimohon dan bakal dimohon. Dalam aplikasi tersebut, saya sediakan satu table yang terdiri daripda Nama Syarikat, Jawatan, Status Permohonan, Tarikh Akhir, Senarai Tugasan, Link dan Komen Tambahan. Jika saya mempunyai masa terluang, saya akan cuba untuk berkongsi cara untuk menggunakan aplikasi ini.

Bersenam

Saya cuba untuk memastikan badan saya kekal aktif semasa dalam proses kuarantin. Pada setiap petang, saya akan bersenam sekurang-kurangnya 20 minit. Walaupun saya tidak mempunyai alatan untuk bersenam, terdapat banyak video-video di YouTube yang berkongsi senaman tanpa alatan. Sejak dahulu lagi, saya gemar bersenam berpandukan channel YouTube Chloe Ting dan Pamela Reif.


Chloe Ting mempunyai laman sesawang tersendiri, yang mana mempunyai program-program percuma yang boleh diikuti sesuai mengikut keperluan anda. Video Pamela Reif pula lebih menyeronokkan dan lagu yang digunakan dalam video senaman beliau kebanyakannya rancak.

Menghubungi Keluarga dan Rakan-rakan

Saya mula tinggal berjauhan daripada keluarga sejak usia 13 tahun. Semasa di sekolah menengah, saya akan menghubungi keluarga saya setiap petang, kebiasannya selepas waktu makan malam. Semasa di kolej persediaan, saya meneruskan rutin ini. Setelah di bumi ratu, perbezaan zon masa dan jadual kelas yang tidak tetap memaksa saya untuk menghubungi keluarga hanya 3-4 kali dalam seminggu.


Kuarantin membolehkan saya meneruskan rutin saya semasa di sekolah menengah dan kini saya juga kerap mengubungi rakan-rakan lain yang untuk bertanya khabar dan merapatkan semula hubungan persahabatan.

Mempelajari Kemahiran Baharu dan Mengikuti Kursus atas Talian

Sekiranya anda merupakan seorang pelajar atau anda membayar untuk LinkedIn Premium, anda boleh menggunakan perkhidmatan LinkedIn Learning. LinkedIn Learning ialah satu platform yang mana saya telah gunakan untuk mengisi masa lapang dan mempelajari kemahiran-kemahiran tambahan.


Semua video yang terdapat di LinkedIn Learning akan ditapis dan tutor yang mengajar telah pun diiktiraf. Latihan dan sijil juga disediakan. Latihan yang disediakan akan membantu anda untuk menilai tahap pemahaman anda dan kemahiran baharu ini boleh ditambah ke dalam CV anda, lantas turut membantu mencerahkan peluang anda mendapatkan pekerjaan.


Anda juga boleh mempelajari kemahiran baharu melalui YouTube. Antara kemahiran yang boleh diepelajri ialah cara bermain catur, bermain instrumen atau menggunakan apps iMovie. Tetapi, pastikan anda jadi pengguna yang bijak dan hanya berpandukan sumber yang boleh dipercayai.

Konklusi

Perkara yang paling penting ialah pastikan anda untuk menulis rutin dan aktiviti yang akan anda lakukan. Manfaatkan Google Calendar dan disiplinkan diri anda agar masa anda tidak terbazir begitu sahaja. Jadikan rutin anda sebagai suatu kebiasaan untuk terus bekerja agar anda kekal produktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *