
Media Sosial Pasar Lambak Informasi3 min read
Pasar lambak merupakan tempat dimana peniaga menjual barang terpakai atau barangan baru yang unik. Kadangkala, barangan tersebut memberi nilai yang tinggi. Contohnya, seseorang mencari kasut terpakai untuk menghadiri temuduga. Kadangkala juga, barangan yang dijual tidak pun begitu penting bagi seseorang contohnya, cincin azimat. Di pasar lambak inilah banyak barangan yang sedia dijual-beli oleh semua orang yang datang. Kadangkala, seseorang yang pergi ke pasar lambak hanya untuk bersiar-siar namun akhirnya keluar membawa sebuah beg plastik berisi barangan yang beliau rasa unik tetapi tak tahu pun nak buat apa dengan barang tersebut.
Β
Media sosial hakikatnya sebuah pasar lambak. Semua orang bertukar maklumat untuk sejumlah ‘like’ atau ‘retweet’. Semua berlumba-lumba membuat maklumat untuk insentif tersebut. Di media sosial ada maklumat yang berguna dan juga tidak. Contohnya, maklumat cara-cara menjawab soalan temuduga untuk seseorang graduan yang sedang mencari kerja, Ada juga maklumat yang remeh seperti video ‘prank’ yang dibuat-buat. Yang paling menakutkan, coretan anti-vaksin yang bercakap tanpa ilmu. Sama seperti cincin azimat. Seseorang yang mahu meluangkan masa sekejap sahaja pun boleh terperangkap, sedar-sedar sudah dua jam beliau ‘scroll’ media sosial.
Β
Mengapa terlalu banyak informasi di media sosial?

Di media sosial, semua orang mengejar sesebuah insentif, sama ada mengejar nama dan perhatian oleh atau membuat duit dari kandungan yang dihasilkan. Disebabkan terlalu banyak pengguna, maka, banyaklah informasi di media sosial. Sampaikan maklumat yang tidak penting dibuat kerana maklumat yang baik telah habis dijual.
Adakah perlu informasi yang terlalu banyak?
Fikirkan sendiri, adakah informasi yang anda dapat akan memberi nilai dalam hidup anda? Jika ya, maklumat tersebut perlu. Oleh itu, adakah penting untuk anda tahu kenalan yang anda tidak berapa rapat makan apa tengah hari tadi? Saya rasa tidak. Adakah juga penting untuk anda tahu video lawak apa yang ‘trending’ hari ini? Juga saya rasa tidak. Informasi seperti inilah yang paling banyak ada di media sosial.
Ada juga maklumat yang penting untuk anda tahu. Contonya, berita semasa yang berlaku di kawasan anda. Juga, sahabat rapat anda yang baru melahirkan anak. Terdapat juga informasi yang dibuat atas insentif tetapi bermanfaat contohnya, cara-cara untuk menulis resume atau video tips membeli rumah pertama. Anda tidak seharusnya memakan kesemua maklumat tersebut. Hanya baca atau lihat yang mana anda rasa penting atau anda akan gunakan dalam masa terdekat. Jika anda seorang yang sudah mepunyai pekerjaan, tidak penting pun untuk anda membaca cara-cara menulis resume.
Simpan tenaga dan masa anda untuk perkara yang lebih penting
Perhatian memerlukan tenaga. Menukar perhatian juga menggunakan tenaga. Gunalah media sosial hanya sekadar ingin tahu perkembangan semasa. Terlalu fokus memberi perhatian kepada media sosial menggunakan tenaga otak anda untuk sekadar maklumat picisan. Daripada melihat media sosial, banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan dalam masa lima minit. Lebih baik untuk anda guna tenaga perhatian tersebut kepada perkara yang lebih penting seperti membaca buku, belajar, menjana mendapatan dan juga memberi perhatian kepada orang yang tersayang.

You May Also Like

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
September 28, 2020
Finding Chika
January 31, 2021