photo of a copper audio mixer
Produktiviti

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Produktiviti9 min read

Peralihan kepada bekerja dari rumah mungkin menjadi tekanan bagi sesetengah pihak. Mana tidaknya, kita sudah terbiasa dengan rutin yang memerlukan kita untuk produktif di tempat kerja dan berehat di rumah. Ada di antara kita mungkin merasakan tahap produktiviti mereka lebih rendah sekiranya bekerja dari rumah. Persekitaran dan tempat kita melakukan kerja sememangnya memainkan faktor dalam mempengaruhi produktiviti. Walaupun demikian, sekiranya anda ingin komited dalam memaksimakan produktiviti anda, terdapat banyak faktor-faktor lain yang perlu anda berikan perhatian.

1. Perubahan Suhu

hands coffee laptop bed

Suhu persekitaran, sama ada terlalu panas atau sejuk, akan mempengaruhi tahap pekerjaan anda. Sekiranya suhu di pejabat/rumah anda terlalu sejuk, ia akan mempengaruhi mood dan produktiviti anda. Suhu pendingin hawa yang terlalu rendah akan menyebabkan anda teralih tumpuan daripada melakukan kerja kepada memastikan diri kekal hangat.

Sebaliknya, jika suhu persekiran terlalu panas, anda akan cepat berpeluh dan tahap produktiviti akan menurun. Suhu yang sesuai untuk memastikan tahap produktiviti yang optimum ialah di antara 18.3 C hingga 21 C. Pada suhu ini, anda berada pada tahap yang selesa dan boleh melakukan banyak tugasan dengan jayanya. Sunguhpun begitu, keselasaan individu adalah subjektif dan agak berbeza untuk setiap individu. Sekiranya anda berkongsi ruang pejabat dengan orang lain, sifat toleransi amat penting.

Selain daripada perubahan suhu pendingin hawa, keadaan cuaca juga akan mempengaruhi mood dan kecekapan anda. Misalnya, cuaca yang mendung menjadikan kita cenderung untuk berehat berbanding melakukan suatu tugasan. Sebaliknya, cuaca yang cerah dapat meningkatkan semangat anda dan membantu anda untuk terus fokus melakukan kerja anda.

2. Mendengar Muzik

woman in white dress shirt using white laptop computer

Mendengar muzik adalah salah satu hiburan yang menjadi kegemaran ramai orang. Sebilangan orang suka mendengar muzik semasa mereka bekerja kerana mereka mengatakan ia membantu mereka bekerja dengan lebih baik. Perkata ini sangat subjektif dan amat bergantung kepada individu dan jenis muzik yang didengari.

Muzik latar atau background music dapat mempengaruhi mood seseorang yang mana pada akhirnya dapat memberi impak positif pada produktiviti seseorang individu itu. Oleh itu, mendengar muzik yang menggembirakan dapat membantu anda menyelesaikan tugas dengan lebih cepat. Sungguhpun begitu, peka dengan keperluan dan keselesaan diri anda. Jika anda merasakan bahawa anda kurang fokus sekiranya terdapat muzik latar, jangan lakukannya.

3. Pencahayaan

black kettle beside condiment shakers and green fruits and plants on tray on brown wooden table

Mungkin anda kurang memberikan perhatian kepada pencahayaan di rumah atau pejabat anda, tetapi penting untuk anda tetap mendapatkan sumber cahaya semula jadi untuk memastikan anda kekal produktif. Sekiranya anda bekerja dalam suasana yang mempunyai pencahayaan yang kurang baik, anda mungkin sukar unutk melakukan tugas dengan sempurna.

Pada masa yang sama, jika pencahayaan terlalu terang, ia boleh menyebabkan migrain dan membuatkan tahap produktiviti anda bukanlah pada tahap yang optimum. Untuk mengatasi masalah ini, kemas kini pencahayaan ruang kerja anda dan belanjakan wang untuk membeli lampu meja jika perlu.

4. Tidak Mendapatkan Rehat

close up photography of cup of coffee

Terdapat beberapa individu yang mempunyai pendapat bahawa mengambil rehat hanya membazir masa. Tetapi, hakikatnya, tidak memberikan peluang untuk minda anda berehat akan menyebabkan anda kurang produktif.

Penny Zenker, seorang penulis buku dan juga pakar produktiviti, menyatakan bahawa ia adalah satu keperluan untuk kita bangun dari kerusi pejabat dan memastikan darah mengalir ke serata anggota badan. Pergerakan yang dilakukan dan makanan yang agak ringan seperti croissant dapat meningkatkan tahap fokus kita. Satu kajian saintifik juga mendapati bahawa bekerja selama 52 minit diikuti dengan rehat selama 17 minit adalah aliran kerja yang optimum untuk prestasi tertinggi.

5. Senaman yang Kerap

woman stretching on ground

Terlalu banyak impak positif daripada senaman yang konsisten terutamanya kepada aspek kesihatan dan fizikal seseorang. Selain itu, bersenam juga memberi manfaat kepada produktiviti seseorang. Bersenam membantu dalam peredaran darah dan membekalkan sel dengan lebih banyak oksigen. Ini akan meningkatkan fungsi otak, meningkatkan tahap kewaspadaan dan menurunkan tahap tekanan.

Sekiranya anda kurang mengalami tekanan dan lebih sihat, anda dapat bekerja dengan lebih cekap dan cepat. Dalam bahasa yang lebih mudah, anda telah dapat meningkatkan tahap produktiviti anda.

Sebaliknya, jika anda menghabiskan sebahagian besar daripada hari dengan duduk atau baring, tahap tenaga anda akan menjadi rendah. Untuk mengubah gaya hidup ini, mulakan pagi anda dengan bersenam atau berjalan-jalan. Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan meja berdiri (standing table).

6. Keadaan yang Bersepah

three white ceramic pots with green leaf plants near open notebook with click pen on top

Terdapat sesetengah orang berpendapat bahawa keadaan meja yang bersepah mencerminkan tahap kesibukan anda. Tetapi, ada juga yang tidka bersetuju dengan pendapat ini. Pada hakikatnya, meja yang dipenuhi dengan fail-fail, kertas-kertas, pen dan banyak lagi menyukarkan kerja anda. Keadaan yang bersepah dan berada dalam visual anda akan menigkatkan tekanan dan membazir masa anda kerana anda tidak mempunyai sistem yang teratur. Luangkan beberapa minit untuk mengemas meja anda dan kekalkan disiplin anda untuk mengekalkan tahap kekemasan tersebut.

7. Tidur yang Mencukupi

woman leaning on table

Mungkin ada di antara kita yang terbiasa untuk lewat tidur dan bangun awal untuk memulakan hari kerja. Mungkin ada juga yang amat bergantung kepada kopi untuk membuat kerja sepanjang hari.

Tidur sebenarnya amat mempengaruhi kehidupan kita. Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mecukupi, anda akan bangun dengan perasaan yang kurang menyenangkan lantas mempengaruhi kebolehan anda untuk mebuat keputusan dengan bijak.

Clare Kumar, seorang pakar produktiviti menyatakan bahawa sebilangan besar daripada manusia mengalami kekurangan tidur atau sleep deficit dan kurang tahu berapa lama tidur yang diperlukan oleh tubuh badan. Oleh itu, cuba cari jumlah tidur yang bersesuaian dengan keperluan pekerjaan anda dan sekali lagi, disiplinkan diri untuk mengekalkan jumlah tidur anda. Kebiasannya, tujuh hingga lapan jam adalah mencukupi.

8. Pemakanan

basil leaves and avocado on sliced bread on white ceramic plate

Mungkin atas faktor kekangan masa, ada yang memilih untuk mengalas perut dengan gula-gula sahaja. Ini kebiasaanya berlaku apabila tahap produktivit kita telah merosot pada waktu petang. Tetapi, pengambilan gula-gula akan menyebabkan kadar gular dalam darah kita akan melonjak naik dan turun secara drastik. Ini menyebabkan tahap tenaga anda akan menurun.

Sebagai alternatif untuk gula-gula, cuba untuk mendapatkan makanan yang mengandungi lemak, protein dan karbohidrat sepanjang hari. Selain itu, pastikan anda mendapatkan air yang mencukupi untuk keperluan badan anda. Menurut The Journal of Nutrition, dehidrasi ringan akan menyebabkan keletihan dan menyukarkan anda unutk kekal fokus.

9. Budaya Kerja

top view photo of people near wooden table

Perhatikan budaya di tempat kerja anda. Adakah anda dipengaruhi oleh rakan sekerja anda secara positif atau negatif? Antara budaya yang anda boleh perhatikan di temoat kerja anda ialah ketepatan masa. Mungkin mesyuarat tidak bermula tepat pada waktunya. Mungkin juga kebolehan anda tidak dihargai dan sebaliknya hanya digunakan pada saat-saat terakhir.

Perkara yang penting untuk semua orang tahu ialah kita hanya dapat mengawal tindakan kita, bukan tindakan orang lain. Ambil inisiatif dan gunakan komunikasi yang baik untuk menyampaikan keperluan dan keinginan anda. Ini akan menjadikan anda lebih dihormati dan seterusnya membaiki budaya kerja yang sedia ada.

10. Senarai To-Do

notebook

Tukarkan semua tugasan anda daripada bentuk imaginasi ke betuk visual. Jangan bebankan minda anda dengan mengingati tugasan-tugasan yang perlu anda laksanakan pada hari tersebut. Gunakan minda anda untuk berfikir dan menyimpan fakta-fakta yang lebih penting.

Senaraikan semua tugasan dan matlamat anda. Daripada senarai tersebut, pecahkan tugasan kepada skop-skop yang lebih kecil. Mempunyai senarai yang lebih kecil akan membuatkan anda memperoleh kemenangan kecil lantas meningkatkan keyakinan anda untuk melakukan tugasan yang seterusnya. Sebagai tambahan, mungkin anda juga boleh mengunakan kod warna untuk membezakan tahap keutamaan suatu tugasan. Penggunaan Google Calendar juga akan membantu anda untuk mengagihkan tugasan sepanjang hari.

11. Menjawab Panggilan dan Emel

black and gray digital device

Amat mudah untuk kita mengalihakan perhatian kepada menjawab panggilan dan membalas emel secara langsung dan berterusan. Sebagai alternatif, tentukan waktu tertentu dalam sehari untuk memeriksa inbox anda. Kawal dan kendalikan kehidupan anda. Dengan cara ini, anda akan lebih fokus dan cekap untuk menangani tugasan yang sedia ada.

12. Multitasking

crop faceless female entrepreneur doing multitasking work on different devices

Ada yang berpendapat bahawa mereka mampu melakukan beberapa tugasan dalam satu masa yang sama. Tetapi sebenarnya, ini hanya membuktikan bahawa perhatian anda mudah teralih dari satu tugasan kepada tugasan yang lain. Kajian menunjukkan bahawa mencuba melakukan terlalu banyak perkara dapat meningkatkan waktu kerja anda hingga 40%.

Cuba untuk fokus pada satu tugasan agar pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan cepat, bukannya lebih banyak pembetulan dan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *