
Tempat-tempat yang sesuai untuk bekerja selain rumah2 min read
Ada sesetengah daripada kita memang bekerja dari rumah, tetapi ada juga yang baru sahaja berjinak-jinak untuk bekerja dari rumah. Jika ada di antara anda yang masih menuntut di institusi pendidikan, anda juga boleh belajar di tempat-tempat yang akan disarankan di bawah:
Perpustakaan
Perpustakaan semestinya pilihan utama jika anda memerlukan ketenangan dan keadaan yang senyap. Kebanyakan perpustakaan memang menawarkan Wi-Fi percuma, jadi ini memudahkan anda untuk bekerja tanpa sebarang gangguan yang terdapat di rumah. Perpustakaan juga cenderung mempunyai pelbagai pilihan tempat duduk supaya anda boleh memilih sama ada untuk bekerja secara bersendirian atau berkumpulan dengan orang lain. Kebanyakan perpustakaan menyediakan bilik mesyuarat dan bilik-bilik perbincangan.
Cafe
Bekerja di cafe ialah alternatif lain sekiranya anda mahukan suasana yang lebih uplifting. Seperti perpustakaan, kebanyakan cafe juga menawarkan Wi-Fi percuma. Tetapi, cafe mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mempunyai mesyuarat atau persidangan yang perlu dihadiri. Selain itu, anda juga perlu bertimbang rasa dengan pelanggan lain. Jangan tinggikan suara sekiranya anda perlu menjawab panggilan telefon. Dalam pada itu, anda juga perlu untuk mempunyai etika, buat pesanan mengikut berapa lama anda ingin melakukan kerja di cafe.
Ruang kerja (Coworking Space)
Sama ada anda bekerja sendiri atau ingin bertemu dan berbincang dengan orang lain, ruang kerja sememangnya pilihan yang baik. Sekiranya anda merupakan freelancer, runag kerja sememangnya pilihan yang popular kerana ia berfungsi sebagai tempat untuk anda berjumpa dengan orang lain dan berkongsi pengetahuan. Ruang kerja kebiasaannya dilengkapi dengan ruang pejabat, Wi-Fi yang berkelajuan tinggi dan tempat untuk bersantai. Perkara yang perlu kita sedia maklum berkenaan ruang kerja ialah anda perlu membayar yuran keahlian sekiraya anda ingin menggunakan ruang kerja dan kebiasaanya yuran tersebut agak mahal.
Taman
Sekiranya anda mempunyai bentuk Wi-Fi mudah alih atau personal hotspot, anda boleh menyambungkan komputer dan bekerja dari mana sahaja. Di Malaysia yang mana jika keadaan terlalu panas, terdapat banayk tempat-tempat berteduh yang disediakan. Ini membolehkan anda untuk melakukan kerja anda sambil menghirup udara segar. Berada di persekitaran yang terbuka boleh membawa ketenangan dan meningkatkan produktiviti anda.
Konklusi
Sekiranya anda dapat mempraktikkan mobiliti dalam pekerjaan anda, anda boleh menjadi produktif di mana-mana sahaja anda berada. Menggunakan alat berasaskan web, seperti aplikasi pengurusan projek, pemesejan masa nyata (real-time messaging), dan perisian penjadualan dapat membantu kerja berjalan lancar ketika anda bertukar lokasi atau zon waktu.
Sekadar peringatan, tidak kira di mana anda bekerja, pastikan hardware dan software anda selamat. Walaupun banyak lokasi mungkin menawarkan Wi-Fi percuma, ingatlah bahawa banyak lokasi tidak selamat, walaupun dilindungi kata laluan. Semasa bekerja dengan data yang sensitif, anda harus menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) atau membawa Wi-Fi anda sendiri.
You May Also Like

Penggunaan Vision Board
September 17, 2020
5 Tips Produktiviti yang Mudah
August 14, 2021