
Apakah ‘The Law of Attraction’?4 min read
Mungkin anda pernah mendengar frasa ‘the law of attraction’ tetapi kurang pemahaman tentang konsep ini. Secara ringkas, the law of attraction menyatakan bahawa apa sahaja yang diidamkan atau dibayangkan oleh minda dapat dicapai sekiranya kita mengambil tindakan ke arah mencapai perkara tersebut. The law of attraction menggunakan kekuatan akal fikiran untuk menterjemahkan pemikiran kita dan seterusnya menjadikan ia sebagai kenyataan. Sebelum itu, the law of attraction bukan suatu ilmu ghaib. Ia tidak semudah, ‘saya mahukan banglo besar’ dan ‘TADA’, banglo anda terus terpacak di depan mata. Bukan.
Sedar atau tidak, setiap saat dalam kehidupan kita, kita berperanan sebagai magnet. Kita mempunyai kebolehan untuk menarik (attract) pelbagai perkara, sesuai dengan vibes yang kita keluarkan dari diri.
Tetapi, malangnya, sebilangan besar daripada kita masih kurang mengenali potensi yang ada pada diri. Kesannya, emosi dan pemikiran kita tidak dikendali dengan baik. Jika mengikut the law of attraction, golongan ini akan menarik perkara-perkara yang tidak diingini ke dalam kehidupan mereka. Pemahaman konsep the law of attraction akan membantu anda untuk menjalani hari-hari anda dengan lebih positif dan seterusnya meraih perkara-perkara yang positif.
Sejarah The Law of Attraction
Abad ke-19
Terdapat pelbagai pendapat tentang sejarah the law of attraction. Tetapi, secara dasarnya, the law of attraction bermula pada abad ke-19. Pada ketika itu, ada dua individu yang sangat memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat iaitu Helena Blavatsky dan Thomas Troward.
Dalam pengajaran Helena Blavatcky, beliau berpendapat bahawa pemikiran kita tentang identiti diri akan menentukan kebolehan dan siapa diri kita yang sebenar.
Permulaan Abad ke-20
The law of attraction mula berkembang pada awal abad ke-20.
1906
Menurut Willian Walker Atkinson, seorang pengamal the law of attraction harus fokus untuk menguatkan kehendak (willpower) mereka dan meningkatkan fokus untuk menarik perkara-perkara yang baik ke dalam kehidupan mereka. Seumur hidup beliau, beliau telah menulis lebih daripada 100 buah buku. Beliau juga merupakan co-editor untul jurnal New Thought yang mana tujuan beliau ialah untuk menggalakkan dan mendorong pembaca untuk mengaplikasi konsep law of attraction di dalam kehidupan.
1910
The Science of Getting Rich yang diterbitkan pada tahun 1910 oleh Wallace Delois Wattles telah mengembangkan lagi minat masyarakat terhadap the law of attraction. Salah satu mesej penting daripada karya ini ialah kita seharusnya mempunyai keupayaan untuk mengembangkan potensi dan bukan sekadar menganggap perlu diajar oleh pakar. Pendek kata, jangan hanya bergantung kepada ilmu yang diajar, tetapi kejarlah ilmu.
We should develop our own manifestation potential rather than assuming that need to be taught by experts.
– Wallace Delois Wattles
1937
Napoleon Hill memulakan kerjayanya sebagai wartawan. Namun, beliau menjadi terkenal setelah menggariskan teknik Law of Attraction dalam buku Think and Grow Rich pada tahun 1937. Beliau menggunakan pengalaman peribadi beliau untuk menunjukkan bagaiaman kita dapat mengatasi cabaran dan menggunakan manifestation tools untuk membentuk kehidupan yang bahagia dan memuaskan.
Napoleon Hill juga menekankan bahawa kepercayaan negatif akan menarik lebih banyak perkara negatif ke dalam kehidupan. Dalam karya beliau, beliau juga menggalakkan agar pembacanya mencari tujuan hidup dan berusaha ke arah tujuan tersebut.
Whatever the mind can conceive and believe, it can achieve.
– Napoleon Hill
Abad ke-21
Karya Rhonda Bryne iaitu The Secret telah berjaya mengubah the law of attraction menjadi konsep yang diterapkan oleh dunia. Dalam karya belaiu, ia menekankan bahawa penetapan matlamat dan mempelajari cara berfikir yang baharu adalah kunci untuk mendapatkan apa yang sebenar-benarnya anda mahukan.
Fakta di sebalik The Law of Attraction
Seperti yang telah dibincangkan dalam sejarah the law of attraction, banyak karya yang telah dihasilkan untuk menjelaskan dan menerangkan keberkesanan konsep ini. Sekarang, ia hanya bergantung kepada penerimaan setiap individu terhadap konsep the law of attraction. Jelas bahawa the law of attraction ingin menyedarkan anda bahawa setiap keputusan yang anda buat, sama ada baik atau buruk, telah dibentuk oleh anda sendiri.
Setelah anda benar-benar memahami kunci di sebalik the law of attraction, anda seharusnya berani untuk menguruskan kehidupan anda dan membebaskan diri daripada lingkaran ketakutan, kebimbangan dan pemikiran negatif. Minda kita sangat memainkan peranan yang penting untuk membentuk kehidupan kita dan dunia di sekitar kita.
Mungkin ada yang masih ragu-ragu tentang konsep ini. Tetapi sebenarnya banyak kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan untuk membuktikan bahawa pemikiran kita mempunyai kesan pada diri. Antaranya ialah:
- Meditasi pada musim panas 1963 di Washington.
- Berfikir bahawa anda lebih muda sebenarnya menjadikan anda lebih muda (1979).
Kajian saintifik yang paling terkenal ialah eksperimen air yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto. Beliau mengeluarkan satu hipostesis yang mana air boleh bertindak balas pada pemikiran dan kata-kata positif.
Sepanjang tempoh eksperimen tersebut, kata-kata yang positif diucapkan pada satu gelas air dan kata-kata negatif diucapkan pada satu gelas air yang lain.
Pada penghujung tempoh kajian, beliau mengambil gambar dua struktur kristal ais dan ternyata air yang terdedah kepada kata-kata positif menghasilkan kristal yang cantik.
Cara menggunakan The Law of Attraction
Setelah kita mempunyai pemahaman tentang keupayaan luar biasa yang ditawarkan oleh kehidupan, kita juga menyedari bahawa kita semua ialah seniman. Karya kita ialah kehidupan kita. Dan karya kita sangat bergantung kepada keputusan yang dibuat dan tindakan yang bagaimana mampu membantu kita untuk merealisasiakan karya yang teragung.
Jadi, bagaimana jika karya yang dibuat bukanlah karya yang disukai?
Ubah!
Berani untuk berubah, berani untuk keluar dari zon selesa. Walau apa-apa pun matlamat anda, jika anda mempunyai matlamat yang jelas, anda pasti mampu untuk mencapainya, dengan usaha dan tidakan.
Mulai dangan memikirkan apakah yang ingin anda tarik ke dalam kehidupan anda – mungkin kerohanian, kesihatan, wang ringgit atau hubungan. Tetapkan matlamat anda dengan jelas dan ambik tindakan sewajarnya untuk mencapai matlamat tersebut.

Penggunaan Vision Board

Tips Bekerja dari Rumah
You May Also Like

Chapter One: The Greatest Temptation
February 22, 2022
Tempat-tempat yang sesuai untuk bekerja selain rumah
September 24, 2020