
Perkara yang boleh dilakukan dalam 5 minit2 min read
5 minit, 300 saat, yang mana hanya 1/12 daripada satu jam. Bila berbincang mengenai 5 minit, ada dua jenis pendekatan.
A: Saya ada limat minit, apa yang saya boleh lakukan dalam masa lima minit?
B: Oh, saya cuma ada lima minit. Tak sempat nak buat apa-apa ni.
Saya suka bercakap berdasarkan pengalaman. Dahulu saya golongan B. Saya ada satu persepsi yang mana saya sentiasa mahukan kesempurnaan dan kesempurnaan tidak mampu dicapai dalam masa 5 minit. Tetapi, semakin saya mempelajari tentang masa dan realiti, nilai 5 minit sangat tinggi. Kita ada banyak sangat lebihan 5 minit dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan sahaja, enam sesi 5 minit sebenarnya menambahkan 30 minit waktu tambahan untuk meningkatkan produktiviti.
Kajian sainstifik daripada Journal of the American College of Cardiology menunjukkan bahawa individu yang berlari atau berjogging selama 5 minit sehari mampu mengurangkan 30% – 45% risiko kematian daripada penyakit kardiovaskular. Bahkan, jangka hayat hidup ditingkatkan sebanyak 3 tahun. Hanya dengan 5 minit sehari, kita mampu mendapat manfaat selama 3 tahun.
Pemikiran ‘cuma 5 minit’ dan ‘hanya 5 minit’ membuatkan kita memandang rendah nilai 5 minit. Bermula sekarang, sekiranya kita mempunyai 5 minit yang tersisa, lakukan perkara-perkara berikut mengikut keutamaan dan situasi:
1. Kerja yang terlalu banyak
- Semak semuka to-do list dan pastikan kita meluangkan masa mengikut keutamaan.
- Membalas emel rakan sekerja dan membuang sebanyak mungkin emel yang tidak diperlukan lagi.
- Berhenti melanggan buletin (newsletter )yang tidak membantu untuk mencapai matlamat menggunakan unroll.me.
- Mengembalikan panggilan telefon.
- Periksa Google Calendar dan pastikan jadual ialah yang terkini.
2. Mencari keseimbangan dalam kehidupan
- Mengambil angin di luar tempat kerja.
- Minum segelas air.
- Bermeditasi atau lakukan regangan badan.
- Menghantar teks kepada rakan (jangan biarkan ia berlarutan).
3. Networking
- Berkongsi artikel di dalam LinkedIn.
- Berbual dengan rakan sekerja yang kita jarang berborak (jangan biarkan ia berlarutan).
- Menghantar teks penghargaan atau tinggalkan nota penghargaan kepada seseorang yang telah membantu kita.
- Tambah kenalan baharu di dalam LinkedIn.
4. Mengemas ruang kerja
- Kemas dan asingkan timbunan kertas di atas meja. Kitar semula, buang dan failkan mengikut kesuaian.
- Kemas kini pen atau marker di dalam beg dan di atas meja. Buang mana-mana pen atau marker yang tidak mempunyai dakwat.
- Buang aplikasi yang tidak lagi digunakan di dalam telefon pintar.
- Bersihkan beg kerja atau laci meja kerja.
- Susun dan buang fail yang tidak digunakan di dalam desktop komputer.
5. Memajukan diri
- Baca beberapa muka surat buku pilihan.
- Baca artikel berkaitan dengan bidang pekerjaan.
- Kemas kini resume.
- Baca berita yang terkini.
- Menonton TED Talk.
You May Also Like

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
September 28, 2020
Cara untuk Melakukan Refleksi Diri
January 31, 2021