Produktiviti

Kepentingan untuk bermula2 min read

Kita semua mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Tetapi kebanyakannya hanyalah sekadar impian. Puncanya mudah, kerana kita tidak bermula. Satu impian hanya memerlukan satu saat, satu komitmen dan satu keputusan untuk mengubah kehidupan kita menjadi luar biasa.

Luangkan masa dan tanya pada diri, apakah matlamat yang terbuku di dalam hati. Mungkin anda mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Atau mungkin anda mahu memulakan organisasi kebajikan. Matlamat anda mungkin bersifat peribadi atau profesional. Malahan mungkin melibatkan kesihatan anda, wang anda, atau hubungan anda.

Menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang membolehkan kita untuk sentiasa memantau kemajuan diri. Ini bukan sahaja membentuk sifat tanggungjawab dalam diri, malah akan membantu kita untuk meraih peluang yang baharu. Selain daripada tanggungjawab dan penetapan matlamat, perubahan juga terletak pada kesabaran, ketekunan dan sifat positif.

person sitting on top of gray rock overlooking mountain during daytime

Jika anda menetapkan matlamat yang tinggi, pecahkan kepada langkah-langkah yang kecil. Tetapi, jangan cepat berpuas hati dengan langkah-langkah kecil tersebut kerana matlamat yang terbaik ialah matlamat yang membuatkan kita keluar dari zon selesa dan berani untuk mengambil risiko. Sekiranya matlamat anda benar-benar penting dalam hidup anda, maka belajarlah untuk selesa dalam ketidakselesaan.

You don’t have to be great to get started, but you have to get started to be great.

– Les Brown

Ingat, mula dengan langkah yang kecil tetapi tetap konsisten. Semua orang bermula di tempat yang sama – tidak mengetahui apa-apa. Tetapi yang membezakan setiap individu ialah sejauh mana kesanggupan kita untuk mengambil risiko dan masa serta usaha yang kita laburkan di dalam impian kita. Mula sekarang dan teruskan belajar di sepanjang perjalanan menuju kejayaan. Jadilah bijak dalam melaburkan masa, tenaga dan wang ringgit anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *