footsteps, beach, sand
Gaya Hidup,  Produktiviti

Mengubah Diri ke arah Kehidupan yang Produktif4 min read

Produktiviti merupakan satu gaya hidup yang tidak asing terutamanya bagi golongan yang telah pun berjaya. Kebanyakan daripada kita ingin mengubah gaya hidup dan keluar dari zon selesa untuk mencapai impian dan cita-cita masing-masing. Perkara yang menghindari kita daripada menjalani kehidupan yang produktif ialah gangguan daripada persekitaran. Sekiranya kita membiarkan diri kita leka dengan gangguan ini, kita akan menjadi malas dan seterusnya kita mudah berasa selesa dengan kehidupan yang sedia ada. Kesudahannya, tiada peningkatan dalam taraf hidup.

 

Pelbagai cara yang kita boleh aplikasikan dalam kehidupan untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif. Biar kita mula perlahan, tetapi inisiatif yang diambil ialah secara berterusan.

 

morning, positive, sky

 

Mempunyai Kesedaran Diri

Untuk mengubah pemikiran, pertuturan apatah lagi perbuatan, penting untuk kita mempunyai kesedaran. Kesedaran bahawa sesetengah daripada aktiviti seharian kita selama ini tidak mendatangkan faedah. Kesedaran bahawa kita mahu mengubah kehidupan yang sedia ada. Dengan adanya kesedaran, kita dapat kenal pasti kekuatan dan kelemahan kita. Kekuatan yang ada, kita tingkatkan. Kelemahan yang ada, kita cuba tukarkan menjadi suatu kelebihan.

 

Kurangnya kesedaran dalam diri sendiri akan menyukarkan kita untuk berjaya dalam apa jua bidang. Alasannya mudah, kita tidak mengambil kisah tentang kelemahan kita. Atau mungkin kita tahu kelemahan kita, tetapi tiada inisiatif untuk memperbaiki diri. Maksudnya, kesedaran tanpa tindakan pun tidak akan membuahkan hasil.

 

Apabila kita mempunyai kesedaran tentang tingkah laku dan tabiat tidak sihat kita, kita boleh mula untuk mengambil tindakan dan membaiki diri. Kita yang bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan kita, bukan orang lain.

 

The most important project you’ll ever work on is yourself.

 

Mempunyai Matlamat Hidup

Matlamat hidup kita akan menentukan bagaimana penghujung kehidupan kita. Sekiranya kita tidak mempunyai perancangan tentang masa depan kita, sukar untuk kita tentukan titik penghujung kehidupan.

 

Sebilangan besar daripada kita tidak mempunyai matlamat bagaimana kita mahu menjalani kehidupan kita. Akhirnya, jalan menuju kejayaan kita menjadi kabur. Jadilah bijak dan sediakan perancangan untuk mencapai matlamat hidup kita. Sekiranya kita tersasar, mudah untuk kembali ke landasan yang betul.

 

Dengan menetapkan matlamat untuk diri sendiri, tahap produktiviti akan meningkat dengan ketara kerana sekarang minda kita mempunyai rancangan yang membawa kepada tindakan. Sekiranya kita rasa hilang arah tujuan untuk hidup, sudah tiba masanya untuk menilai semula matlamat yang menjadi pegangan. Kerap semak semula matlamat dan cuba kenal pasti apa yang boleh diubah dan apa yang perlu dikekalkan.

 

Mengutamakan Masa Anda

Kata kunci yang penting untuk gaya hidup produktif ialah menlaburkan masa ke arah mencapai matlamat hidup. Kesibukan hidup tidak semestinya kehidupan yang produktif. Mungkin kita semua mempunyai kehidupan yang sibuk, tetapi cukup untuk kita mengetepikan 1-2 jam setiap hari untuk mencapai matlamat.

 

Bercakap berdasarkan pengalaman, saya pernah diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan satu tugasan. Tetapi disebabkan kekangan masa pada hari tersebut, saya hanya menggunakan waktu-waktu yang terluang (5 – 10 minit) sahaja untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dan hasilnya, tugasan tersebut berjaya disiapkan. Secara tuntasnya, setiap 5 minit yang terluang, apabila dimanfaatkan akan mampu membuahkan hasil.

 

Own your time and don’t allow others to take it away from you.

 

Masa yang didedikasikan untuk mencapai matlamat hidup haruslah diberikan 100% tumpuan. Kurangkan dan ketepikan semua gangguan yang menghalang kita daripada mencapai impian kita.

 

Berani untuk Gagal

Dalam kita berusaha menuju kejayaan dan menjadi manusia yang lebih produktif, pasti akan ada cabaran yang kita hadapi. Penting untuk difahami bahawa, kegagalan merupakan peluang untuk belajar daripada kesilapan. Jangan terus menyerah kalah dan berhenti separuh jalan.

 

Sekiranya semua orang menyerah setiap kali mereka gagal dalam sesuatu perkara, dunia bukan dunia yang sekarang. Sedangkan Thomas Edison pun berjaya mencipta lampu setelah 1000 kegagalan. Tetapi beliau tahu bahawa kegagalan itu hanyalah langkah ke arah untuk mencapai matlamat beliau.

 

Embrace failure as an opportunity to improve yourself.

 

Katakanlah kalau kita menyerah kalah setiap kali kehidupan menjadi sukar, sampai bila-bila pun kita takkan dapat capai matlamat hidup kita. Dalam masa yang sama, belajar untuk menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi – sama ada kejayaan atau kegagalan. Latih diri untuk mempunyai pemikiran yang kuat, sebab dunia ini tidak semuanya indah.

 

Mengingati Kematian

Kita semua akan meninggal dunia. Hari esok bukanlah suatu jaminan dan setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kadar kematian di Malaysia sahaja ialah 5.223%. Apabila kita betul-betul faham konsep realiti dan kehidupan kita mempunyai had, kita akan pandang tinggi nilai kehidupan kita.

 

Masa ialah aset paling berharga dan semakin cepat kita menyedari tentang ini, semakin cepat kita dapat melaksanakan perancangan ke arah gaya hidup produktif. Kesedaran ini membuatkan siapa saya pada hari ini sebab saya tahu saya taknak ada timbul penyesalan sekiranya saya tidak mengambil peluang dan risiko yang ada.

 

Strive to be the best version of yourself everyday.

 

Semua masa yang dihabiskan di media sosial dan lain-lain boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti kita. Belajar untuk mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *