hourglass, clock, sand
Produktiviti

Definisi Produktiviti3 min read

Gabungan daripada beberapa sumber, produktiviti didefinisikan sebagai kadar keuntungan atau manfaat yang kita perolehi daripada pelaburan dalam aspek masa, tenaga kerja dan wang ringgit.

Contoh situasi:

  1. Penulisan satu artikel dalam masa seminggu
  2. Penulisan lima artikel dalam masa seminggu

Di sini jelas bahawa individu dalam situasi kedua lebih produktif berbanding daripada yang pertama.

Namun, individu yang produktif bukanlah individu yang sering sibuk 24 jam. Bagi saya, adalah tidak wajar untuk kita menyamakan kesibukan dengan produktiviti. Sekiranya kita produktif, kita akan mampu untuk membahagikan masa dengan lebih baik dan adalah tidak perlu untuk kita mengejar masa. Sebaliknya, kita sentiasa menjadi golongan yang mempunyai masa yang terluang.

Kita semua diberikan masa 24 jam dalam sehari . Produktiviti ialah kebolehan kita untuk memanfaatkan masa yang ada untuk menghasilkan suatu kerja yang cemerlang.

Kepentingan menjadi produktif

Dahulu saya juga suka beralih kepada sosial media sekiranya saya mempunyai masa terluang. Tahun 2020 ialah titik perubahan saya. Saya menyedari kepentingan menjadi produktif setelah saya menyedari bahawa masa sebenarnya sangat singkat.

Ada banyak sangat aktiviti yang kita boleh lakukan dengan masa-masa yang terluang. Aktiviti yang dilakukan itu hendaklah aktiviti yang membolehkan kita selangkah mendekati impian kita. Lebih awal kita capai impian, maka lebih banyak masa yang kita ada untuk menetapkan impian yang baru dan berusaha ke arah impian tersebut.

Sebagai contoh, setelah saya belajar kemahiran penghasilan website, saya boleh belajar kemahiran lain. Mungkin, dalam bidang fotografi?

Sebagai bonus, kita dapat mengurangkan stress sebab kita tak mengejar masa. Tetapi, produktiviti haruslah disertakan dengan matlamat.

Imbas kembali kenapa kita tetapkan matlamat tersebut dan bagaimana kita nak mencapai matlamat itu. Jika kita memang serius untuk meningkatkan produktiviti diri, fikir dalam-dalam apa tujuan kita nak berubah? Ya, mungkin kita nak ada pendapatan yang lebih tinggi atau mungkin kita nak lebih banyak melancong. Tapi, fikir kenapa? Apa yang mendorong kita? Apa motivasi kita? Adakah kerana kita ingin menjadi lebih baik? Adakah kita ingin menyumbang kembali kepada komuniti?

 

Bagaimana untuk bermula menjadi produktif?

  • Penulisan dalam jurnal – Jurnal sebenarnya amat memainkan peranan dalam meningkatkan produktiviti. Jurnal tidak seharusnya disamakan dengan diari. Diari ialah penceritaan semula kejadian dalam bentuk penulisan. Manakala, jurnal ialah penulisan tentang idea dan impian. Sebagai permulaan, tentukan sama ada ingin menulis jurnal secara harian atau mingguan. Tulis jurnal pada penghujung hari/minggu dan buat refleksi diri. Tanya pada diri dan jawab dengan jujur: Apa yang saya berjaya capai dan apa yang saya boleh buat untuk perbaiki diri?
  • Teknik Pomodoro (Pomodoro Technique) – Untuk teknik ini, timer akan digunakan.
    1. Tentukan tugasan yang hendak dilakukan dan tetapkan timer untuk 25 minit.
    2. Fokus pada tugasan tersebut.
    3. Berhenti lakukan tugasan apabila 25 minit telah tamat.
    4. Rehat selama 5 minit (Boleh tetapkan timer untuk 5 minit).
    5. Ulang langkah 1-4 selama 4 kali, rehat lebih lama (20-30 minit) dan ulang semula teknik Pomodoro.
  • Menggunaan kaedah Time Blocking – Gunakan kalendar (contoh: Google Calendar) untuk membuat jadual dan mengutamakan tindakan-tindakan yang akan membantu kita mancapai impian kita. Melalui kaedah ini, kita akan lebih cakna pada aktiviti harian kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *